Keris ialah sejenis
senjata pendek kebangsaan
Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti
Malaysia,
Indonesia,
Singapura,
Thailand Selatan,
Filipina Selatan(
Mindanao), dan
Brunei. Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya
sundang di
Mindanao,
kedutan di
Bali,
kujang di Jawa Barat, dan
kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa
Jawa Kuno iaitu
malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.
[1] Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu
bersilat) dan sebagai
alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris
Taming Sari yang merupakan senjata
Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal. Keris berasal dari Kepulauan
Jawa dan keris purba telah digunakan antara
abad ke-9 dan
abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan
kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga
logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
Situs :
www.valiantco.com Video klip tentang keris :