ELVEENA PENYANYI MALAYSIA COBA PERUNTUNGAN DI
INDONESIA
ELVEENA IRIS atau lebih
dikenali dengan panggilan manja ELVEENA merupakan anak kelahiran Johor yang
penuh berbakat dalam bidang seni. Perwatakannya yang lemah lembut serta
memiliki sifat kewanitaan yang ayu dan cantik yang dianugerahkan tuhan
membolehkan beliau bergiat dan berjaya dalam bidang seni. Elveena juga
mempunyai jati diri serta semangat yang gigih untuk membolehkannya menjadi
seorang usahawan dan berjaya menghasilkan produk kecantikan dan produk
kesihatan. Disamping itu dengan kemahiran dan minat dalam bidang kulinari
Elveena juga berjaya memiliki dan menguruskan Restoran, Kafe serta menghasilkan
dan memasarkan produk Makanan Retort seperti Sambal Cili Garam.
"Bidang seni suara
Elveena telah menghasilkan single pertamanya berjudul ‘ Memang Benar’ dan telah
dimainkan dicorong-corong radio popular di Malaysia. Lagu tersebut juga telah
dipilih sebagai lagu tema untuk drama bersiri ‘ Akademi Polis’ yang disiarkan
di TV9. Elveena telah menghasilkan Album DA10 yang memuatkan lagu ‘Malu Tapi
Mau’,’ Cinta Dikemudiankan’ dan ‘Cinta Beralih Arah’. Satu video klip dengan
lagu ‘ Cinta Tak Boleh Begini‘ telah di hasilkan. Susulan daripada itu Elveena
telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema filem ‘ Hantu Air’, arahan Murali
Abdullah. ELVEENA juga telah menyanyikan 2 buah lagu dalam filem tersebut iaitu
' Aku Cinta Pada Mu ‘ dan‘ Melati Puteh’. Elveena terus bergerak kehadapan dan
kini telah menghasilkan lagu terbarunya berjudul ‘ Penjahat Cinta’ yang sedang
dimainkan di Radio-radio di Indonesia.
Elveena telah banyak
bekerjasama dengan komposer-komposer yang hebat seperti Adnan Abu Hassan dan
Saari Amri Memandangkan Elveena mempunyai suara yang lunak dan perwatakan serta
gaya yang menawan, Elveena sering mendapat jemputan untuk memenuhi
majlis-majlis dan program-program hiburan.
Terkini Elveena telah
dicalonkan untuk pertandingan ‘Pencarian MAS MONA’ dan telah dinobatkan sebagai
pemenang. Dengan kemenangan ini Elveena telah berasa teruja dan terus
bersemangat untuk terus maju kehadapan dalam bidang seni terutama sekali dalam
bidang seni suara.
Walaupun ELVEENA
berjaya dalam bidang nyanyian, Elveena berasa terkilan kerana hajat untuk
berduet dengan Allahyarham Dato’ A Rahman Hassan Dan Allahyarham Dato’ Naseer
Wahab iaitu penyanyi dan penghibur yang sangat tersohor di Malaysia tidak
kesampaian kerana mereka telah kembali kerahmatullah lebih awal. ELVEENA pernah
juga membuat temujanji dengan pihak Indonesia untuk bertemu Koslo tapi
disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan maka hajat itu tidak kesampaian.
Tetapi usaha itu tetap diteruskan.
Memandangkan ELVEENA
mempunyai gaya yang menawan serta bentuk badan yang cantik dan diiringi dengan
personaliti yang baik, maka ELVEENA sering di temuduga. Gambar serta
cerita-cerita yang menarik dimuatkan dalam majalah-majalah popular di Malaysia
seperti URTV, Majalah MANGGA, Majalah Maskulin. Cerita2 ELVEENA juga dimuatkan
dalam akhbar2 di Malaysia seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian
Metro."
DIDUKUNG RADIO WIDYASWARA STREAMING SURABAYA
https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara